~ Memoir Cinta Hati ~
Assalamualaikum and good day, world.. ;)
Mungkin entri kali ni tiada kaitan dengan anda semua.. Tapi Indah tetap simpan di dalam hati dan minda untuk kenangan yang terindah yang pernah Indah laluinya..
C.I.N.T.A
Kalau kita kata cinta tak indah, tipu sangat.. Sebab waktu bercinta, semuanya indah... Mandi tak basah, tidur tak lena.. Yang kita teringat hanyalah si dia... Dia, dia, dia dan dia.. Cm lagu filem ape ek... Forget ar.. Haa... Lady Boss rasa nyer.. btul xbtul xingat lar plak Indah... =)
" Cinta itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan, walau pedas hingga mengalir airmata masih mampu di makan jua.. bla bla bla bla.... lupe lar.. hahaha... "
Bila Indah duduk bersahaja cmni, Indah teringatkan kisah cinta Indah dgn my hubby, Kekanda Manis.. Cinta Indah dan Manis bermula pada tahun 2005 lagi.. Time tu, kitorang still belajar di salah sebuah kolej swasta di Bandar Kuantan, Pahang.. Kami berdua ambil course yang sama - Diploma Sains Komputer (Multimedia)..
Cuma yang membezakannya, Indah adalah senior kepada Manis.. Dan Manis adalah junior Indah.. Masa tu, Indah semester 3 dan Manis plak semester 1... Yelar, abes SPM, Indah trus continue study.. Manis plak, kerja dulu.. Da buhsan kerja, bru study kot.. hahaha.. xtau lar.. Pandai2 jer wat andaian yang ntah paper ntah...
~ love is cinta Indah n Manis ~
Bila dikenang kembali, Indah pun tak berapa ingat siapa yang mengurat siapa.. Indah yang mulakan atau Manis yang melangkah terlebih dahulu?? Sedar xsedar kami mula bercinta.. Kelakar jgk lar ingat kisah2 cinta Indah ng Manis dulu.. Tp, kenangan dulu yang btul2 wat Indah jatuh cinta ng Kekanda Manis smpai lar skarang ni.. Manis ni seorang yang sangat caring.. Mungkin disebabkan 'caring' dier tu yg wat Indah btul2 jatuh hati, jatuh cinta, jatuh tangga sama Kanda Manis.. Aduh!!
Terlalu banyak kenangan indah yang kami ukir bersama yang ingin Indah ceritakan, tetapi Indah tak larat nk story sbb byk sangat perkara yang kami lalui bersama.. Indah, suka, duka, gembira, sedih.. sume kami share bersama.. Even ramai yang kurang senang tengok kami, kami tetap bersama.. =)
Bila habis belajar, Indah blk ke kampung di Melaka.. Manis plak sanggup cari kerja di Melaka supaya kami tidak berjauhan.. Tapi, kami pernah juga hidup berjauhan.. Memang perkara yang paling sedih buat kami.. Kami berjauhan selama 6 bulan sbb Manis ke Kuching, Sarawak untuk recruit.. Manis bersungguh untuk menjadikan Indah sebagai isteri, Manis sanggup menerima tawaran bekerja tu even Indah tahu Manis tidak berminat dengan jawatan tu..
Manis cakap, "kerja sekarang kita xboleh nk pilih2.. Kerja je mane2, minat akan datang kemudian.. kanda dpt tu krja dgn goverment.. InsyaAllah, menjamin kehidupan kita nnt.. Lps je latihan, kanda janji, kanda akan jadikan dinda, isteri kanda yang sah.."
"Yang penting, doakan kejayaan kanda dan hubungan kita berkekalan.. InsyaAllah.. Jodoh, rezeki, ajal, maut semuanya di tangan Tuhan.. Kita berusaha, bertawakal, isyaAllah.. Tuhan akan jodohkan kita satu hari nnt.."
Kerana jodoh kami yang sangat kuat, telah ditentukan oleh Allah SWT.. akhirnya kami diijabkabulkan dengan ikatan yang sah.. Sedar xsedar, da 5tahun kami berkasih dari tahun 2005 lagi.. Tapi, Indah dapat rasakan mcm baru sgt kenal Manis, bcinta dgn Manis, mcm baru jer semalam..
Alhamdulillah, Indah sangat bersyukur kepada Allah dengan kebahagiaan yang telah diberikanNya.. Semoga jodoh Indah dan Manis berkekalan sehingga ke akhir hayat.. Berkasih sehingga hujung nyawa dan bersama-sama mencorak anak dan keluarga.. Amin Ya Rabbal Alamin..
L.O.V.E
~ Adinda Indah ~


Comments
perghhh! rinduuu sangat pada kamuuuu, adinda indah..
miss azza yg chumei!!